PENYAMAN UDARA KERETA

BAHAGIAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA MASALAH AIRCOND KERETA

MASALAH 1
Angin panas atau air-cond tidak sejuk.
Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kereta dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond
(tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) jika ada buih, pada kaca
cerap tu maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Kemudian
pasangkan air-cond. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser.
Air-cond tidak cukup sejuk juga menimbulkan masalah. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta
yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas air-cond diservis. Tiada kerosakan sebenarnya kerana
suhu air-cond dikawal oleh satu suis yang meng'ON'kan dan meng'OFF'kan air-cond kereta secara
automatik. Apakata apabila kita pergi ke servis kereta minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircond
lebih lama 'ON'

MASALAH 2
Sekiranya kipas tidak bergerak.
Maksudnya kipas itu rosak dan perlu ditukar. Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak
laju, kipas perlu juga ditukar.

MASALAH 3
Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masih tidak sejuk,
Cuba biarkan air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond.
Sekiranya ada kelihatan, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompresor ke
cooling coil tidak ada masalah.
Tapi jika air-cond masih juga tidak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukan gas
ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu dibuka dan gas
perlu dibuang.

MASALAH 4
Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tidak sejuk.
Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'ON' dan 'OFF' air-cond tidak dapat berfungsi dengan
baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas
ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi sehinggakan
menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan
sebahagian lagi panas.
Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip
gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya,
injap atau suis air-cond anda perlu di tukar.

MASALAH 5
Angin air-cond berbau hapak dan tidak selesa.
Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kereta
anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di servis hingga menyebabkan semua habuk dan
basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

MASALAH 6
Corong keluar angin aircond berminyak,
Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas
akan habis dan angin air-cond akan panas.

Kesimpulan
Akhir kata secara teknikalnya,adalah lebih baik air-cond diservis setiap tahun dan untuk perjalanan
jauh di lebuh raya, jangan melaras thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap
cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat
air-cond anda kerana ia sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal..