Monday 25 April 2011

LAGU

LAGU

Bus a/c

CAR AIR CONDITIONING REPAIR


HOW TO INSTALL AUTO CAR AC COMPRESSOR

SMK 2

Penyaman udara kereta 1

Sekiranya anda pernah mengalami air conditioning/penyaman udara (selepas ini AC) breakdown pada waktu cuaca panas terik, baharulah anda tahu betapa nyamannya berada dlm udara sejuk yg dihasilkan oleh AC kereta anda!. Cara terbaik utk mengetahui bahawa AC kereta anda dlm keadaan baik ialah dgn memastikan samada AC itu boleh maintain atau hasilkan suhu 10 degrees Celsius di bawah suhu persekitaran. Penyebab yg biasa bagi kegagalan AC ialah kekurangan bahan penyejuk (biasa sebut gas). Ini mungkin disebabkan oleh kebocoran dlm sistem AC itu sendiri. Industri AC berkembang dgn pesat sejak 1994, iaitu pengenalan penyejuk yg digelar R-12. Dahulu, sekiranya AC tidak mengeluarkan/menghembuskan udara sejuk, anda cuma perlu pergi ke kedai AC. Mekanik di situ cuma perlu menambah R-12 dn anda boleh memandu dgn aman semula Great . Probelm dgn R-12 ni, chlorofluorocarbon (CFC) , sgt merbahaya kpd lapisan ozon. Sekiranya kereta anda dibina sebelum 1994, iaitu AC yg menggunakan gas R-12, pastikan mekanik AC kereta anda tu tahu bagaimana nk dispose atau macam mana nak recycle bahan-bahan tersebut. Di negara-negara maju, adalah menyalahi undang-undang utk menambah/top-up sistem AC yg bocor dgn gas R-12. Bagaimana pun, kereta-kereta lama dengan mudah boleh di "retrofitted" dgn sistem baru, iaitu jenis penyejuk yg lebih selamat dn mesra alam yg digelar R-134a.

Manakala bagi kereta-kereta yg menggunakan sistem diagnosis OBD-2, gunakanlah penyejuk R134a sebagai penyejuk AC anda, kerana AC kereta-kereta ini direkabentuk utk penyejuk R134a. Pressure sensor, heat sensor, fan sensor and etc. semuanya synchronize dgn penyejuk R134a. Bagi service centre Mercz, bila kereta dihantar utk diagnos & check AC, mula-mula mekanik akan buang gas lama dn masukkan gas R134a utk memudahkan mereka buat dianostic.

R134a/PAG OIL HANDLING PRACTICES

1. Gunakan PPE (Personal Protective Equipment) spt google, glove bila berkerja dgn sistem A/C.
2. Sistem A/C adalah bertekanan tinggi apabila penyejuk berada di dalamnya. Ambillah langkah2 keselamatan apabila menservis system yg bertekanan. Jgn sekali-kali melepaskan gas R-134a ke atmosphere
3. Gunakan gloves apabila menservis system AC, coolant boleh menjadikan tisu badan membeku.
4. Jangan masukkan compressed air atau oxygen ke dalam mana-mana komponen atau refrigerant container. Sistem R-134a A/C yg didedahkan kpd udara dn oksigen melebihi tekanan atmospheric boleh menyebabkan letupan.
5. Gunakan penyejuk R134a recovery-charging equipment termasuk weight scale dn vacuum pump. Sekiranya tidak digunakan salah satu atau kedua-duanya boleh menyebabkan kurangnya sistem kapasiti, atau kegagalan komponen dalam sistem itu sendiri.
6. Gunakan hanya devices yg telah diluluskan bersama weight scale yg telah dicalibrate apabila charging.
7. Jangan mencampurkan penyejuk R134a dgn lain-lain jenis penyejuk.
8. Simpan pelincir PAG dlm bekal logam, bukan plastik!. Ikutlah saranan pembuat kereta anda, apakah jenis pelincir dn spesifikasinya samada mereka gunakan Zexel compressor atau DENSO compressor. Bagi penyejuk sistem R134a, boleh juga gunakan synthetic polyol ester drp ICI.

Terdapat dua sistem clutch dlm AC kereta kita, iaitu samada menggunakan magnetik atau solenoid. bagi yg menggunakan sistem cut-in and cut-off magnetik, kita akan merasa sedikit "berat" apabila compressor cut-in dan agak "ringan" apabila compressor cut-off. bagi clutch yg menggunakan solenoid, proses ini begitu lancar dn kita tidak merasa sebarang perbezaan. Kelemahannya ialah apabila solenoid valve tu rosak/faulty, maka terpaksalah menukar keseluruhan compressor tsb. Denso menyarankan bagi setiap 30,000 Km, tukarlah penyejuk/gas, receive drier, micro filter dn minyak compressor. Micro filter berfungsi untuk menapis udara dari luaran. Di Malaysia , tidak banyak workshop mempunyai minyak pelincir yg baik untuk compressor.

_________________

APA ITU SIJIL MODULAR KEBANGSAAN?


rogram latihan Sijil Modular Kebangsaan adalah program latihan kemahiran jangkapendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar. Setiap Sijil Modular Kebangsaan adalah set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja.

Sijil Modular Kebangsaan telah direkacipta dan dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat. Ia berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaaan Kebangsaan.

Setiap Sijil Modular Kebangsaan membawa sejumlah mata kredit yang diiktiraf of Agensi Kelayakan Malaysia. Peserta boleh mengikuti program mana-mana Sijil Modular Kebangsaan yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan mereka - dan apabila beberapa Sijil Modular Kebangsaan telah diperolehi, maka peserta layak untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.

Program latihan Sijil Modular Kebangsaan dilaksanakan dengan pelbagai kaedah samada sepenuh masa, separuh masa ataupun kaedah perantisan dengan kerjasama industri-industri untuk tujuan peningkatkan kemahiran pekerja-pekerja industri.
Pendekatan latihan secara Pembelajaran-Berasaskan-Tindakan memberi fokus kepada pelbagai jenis pelajar (Learner Types) sesuai dengan sasaran Kolej Komuniti. Dengan pendekatan ini, aksi-aksi dan proses-proses di dalam dunia pekerjaan akan disimulasikan di dalam dunia pembelajaran (Kolej Komuniti). Peserta akan melakukan kerja sebenar di dalam kumpulan dan proses refleksi akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar bagi tujuan pembelajaran.

Selain daripada dianugerahkan Sijil Modular Kebangsaan setelah tamat program latihan, peserta juga boleh memilih untuk mendapatkan persijilan lain





KELAYAKAN MASUK
Program-program Sijil Modular Kebangsaan terbuka kepada kesemua lapisan masyarakat warganegara Malaysia tidak mengira usia (minima 18 tahun), bangsa atau keturunan – tidak kira samada lepasan sekolah, politeknik atau universiti, yang sedang menganggur, bekerja atau persara. Ia bermaklamatkan Pembelajaran Sepanjang Hayat.


YURAN LATIHAN
Yuran latihan adalah RM10.00 sebulan


KELEBIHAN PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
·         Persijilan SMK Jangka pendek (minima 3 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar membolehkan peserta memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat.
·         Setiap SMK mempunyai sejumlah Jam Kredit yang diiktiraf oleh MQA dan peserta boleh mengumpul beberapa SMK bagi tujuan persijilan yang lebih tinggi.
·         Peserta boleh mengambil mana-mana SMK di dalam kluster yang sama, mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.
·         Tiada had masa untuk mengumpulkan SMK.
·         Tiada pra-syarat kemasukan untuk setiap SMK (minima 18 tahun ke atas)
·         SMK boleh diambil di mana-mana Kolej Komuniti pada bila-bila masa yang sesuai bagi setiap peserta. (apabila ditawarkan)
·         Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tindakan adalah lebih menarik dan sesuai untuk pelbagai Stail Pembelajaran setiap peserta.
·         Menawaran persijilan ‘multiple’ yang sesuai (Sijil Profesional, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil keluaran Industri) – (tertakluk kepada syarat)