Monday 25 April 2011

APA ITU SIJIL MODULAR KEBANGSAAN?


rogram latihan Sijil Modular Kebangsaan adalah program latihan kemahiran jangkapendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar. Setiap Sijil Modular Kebangsaan adalah set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja.

Sijil Modular Kebangsaan telah direkacipta dan dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat. Ia berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaaan Kebangsaan.

Setiap Sijil Modular Kebangsaan membawa sejumlah mata kredit yang diiktiraf of Agensi Kelayakan Malaysia. Peserta boleh mengikuti program mana-mana Sijil Modular Kebangsaan yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan mereka - dan apabila beberapa Sijil Modular Kebangsaan telah diperolehi, maka peserta layak untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.

Program latihan Sijil Modular Kebangsaan dilaksanakan dengan pelbagai kaedah samada sepenuh masa, separuh masa ataupun kaedah perantisan dengan kerjasama industri-industri untuk tujuan peningkatkan kemahiran pekerja-pekerja industri.
Pendekatan latihan secara Pembelajaran-Berasaskan-Tindakan memberi fokus kepada pelbagai jenis pelajar (Learner Types) sesuai dengan sasaran Kolej Komuniti. Dengan pendekatan ini, aksi-aksi dan proses-proses di dalam dunia pekerjaan akan disimulasikan di dalam dunia pembelajaran (Kolej Komuniti). Peserta akan melakukan kerja sebenar di dalam kumpulan dan proses refleksi akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar bagi tujuan pembelajaran.

Selain daripada dianugerahkan Sijil Modular Kebangsaan setelah tamat program latihan, peserta juga boleh memilih untuk mendapatkan persijilan lain





KELAYAKAN MASUK
Program-program Sijil Modular Kebangsaan terbuka kepada kesemua lapisan masyarakat warganegara Malaysia tidak mengira usia (minima 18 tahun), bangsa atau keturunan – tidak kira samada lepasan sekolah, politeknik atau universiti, yang sedang menganggur, bekerja atau persara. Ia bermaklamatkan Pembelajaran Sepanjang Hayat.


YURAN LATIHAN
Yuran latihan adalah RM10.00 sebulan


KELEBIHAN PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
·         Persijilan SMK Jangka pendek (minima 3 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar membolehkan peserta memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat.
·         Setiap SMK mempunyai sejumlah Jam Kredit yang diiktiraf oleh MQA dan peserta boleh mengumpul beberapa SMK bagi tujuan persijilan yang lebih tinggi.
·         Peserta boleh mengambil mana-mana SMK di dalam kluster yang sama, mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.
·         Tiada had masa untuk mengumpulkan SMK.
·         Tiada pra-syarat kemasukan untuk setiap SMK (minima 18 tahun ke atas)
·         SMK boleh diambil di mana-mana Kolej Komuniti pada bila-bila masa yang sesuai bagi setiap peserta. (apabila ditawarkan)
·         Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tindakan adalah lebih menarik dan sesuai untuk pelbagai Stail Pembelajaran setiap peserta.
·         Menawaran persijilan ‘multiple’ yang sesuai (Sijil Profesional, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil keluaran Industri) – (tertakluk kepada syarat)

No comments: